Thursday, 20 December 2012

PROTON



Aku rasa adalah baik untuk aku kongsikan cerita tentang PROTON bagi entri pertama berkenaan kereta pada kali ini. Ini kerana PROTON merupakan kebanggaan rakyat Malaysia hasil pengeluarannya sendiri. Berikut adalah sedikit kisah berkenaan PROTON.

PROTON merupakan kereta keluaran Malaysia yang beribu pejabat di Subang Jaya dan Shah Alam. Kilang pemasangan  kereta pula terletak di Tanjung Malim, Perak yang juga dikenali sebagai PROTON City. Ditubuhkan pada tahun 1983 dan nama PROTON itu sendiri adalah singkatan (akronim) bagi Perusahaan Otomobil Negara.

Antara model terawal proton yang boleh dilihat di Muzium Negara, Kuala Lumpur


Selama lebih kurang 20 tahun, PROTON dibayangi Mitsubishi kerana Mitsubishi memegang 7.93% saham Proton sebelum dijual kepada Khazanah Nasional mengambil alih pada tahun 2004 di mana Khazanah memgang 42.7% sebelum itu.

Tidak dinafikan mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir merupakan penggerak yang berusaha bersungguh-sungguh memastika Malaysia mampu mengeluarkan keretanya sendiri.  Berikut adalah model-model kenderaan keluaran PROTON yang telah dikeluarkan sejak tahun 1983.

1. PROTON Saga
2. PROTON Iswara
3. PROTON Wira
4. PROTON Tiara
5. PROTON Satria
6. PROTON Waja
7. PROTON Exora
8. PROTON Preve

* ada pengeluaran model susulan seperti Satria Neo dan lain-lain tidak dinyatakan dalam senarai di atas.

No comments:

Post a Comment