Tuesday, 25 December 2012

Tukar nama kepada Wawan Jam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Untuk pengetahuan semua blog Jelajah Roda Masa telah bertukar nama (macam ultraman plak, bleh bertukar-tukar.. hehe) kepada Wawan Jam... Nama baru ini diambil sempena nama aku (Wan) dan singkatan nama ayahku (Jamhari) sebagai penghormatan kepada beliau yang menyokong untuk aku mendalami dunia antik dan klasik. Di  dalam bidang jam, sebenarnya agak baru (1-2 tahun) tetapi aku memang sudah minat kepada jam sejak di sekolah rendah lagi di mana ayahku selalu bercerita tentang jam kunci dan jam auto.. Untuk menggunakan nama beliau, aku pun mintak PERMISSION daripada tuan besar untuk gunakan namanya, dan permohonan tersebut diluluskan... alhamdulillah... =D

Inilah dia Tn. Hj. Jamhari bin Sayot..
minat beliau yang pelbagai menjadi pengaruh utama dalam hidup aku juga..hehe..
p/s.. basikal ni arwah Yai (Atuk dlm bahasa jawa) aku..
Dah diwariskan kepada ayah aku dan diwariskan kepada aku...
Alhamdulillah ..3 generasi sudah....


 Selain itu konsep asal blog ini iaitu berkongsi ilmu berkenaan kenderaan klasik juga masih boleh terus dilaksanakan dengan jayanya.. 



No comments:

Post a Comment